crisfred
rabu 7 jan 09 - kuliah pagi ini dibatalkan. begitu juga dengan amali. aku temankan kawan baik aku, jonathan, membuat pendaftaran uspot di bahagian teknologi maklumat. kemudian kami bersarapan di food court. kami balik ke kolej selepas itu dan aku terus menghantar borang pendaftaran peralatan elektrik ke pejabat kolej.sekarang ini aku tak tahu nak buat apa. petang nanti dari pukul 3 - 5 baru ada kelas bagi subjek crop pest management. jadi sekarang ini sempat la aku menulis di blog kami ini. mungkin lepas ini aku tidur sekejap. tak tahu nak buat apa. huhuhu....
layan mood sikit sambil berfikir tentang si dia. ;) serius aku betul2 rindukan dia.